be my friend

Sunday, June 27, 2010

Weekend untuk makan..Part 2..

As promised, we went to Balakong for lunch.. Punya lah jauh nak makan..Hubby cakap this place sedap nasi beriani nya..Yelah orang Johor lah katakan...Dengar Nasi Beriani sedap je, sure nak cuba. Cukup sinonim dengan nasi beriani..Lagi pulak bila dengar Hubby promote bagai nak rak, terliuq lah jugak.. So, kita pekena beriani kat D'Ju Cafe lakk di Bandar Tun Hussein Onn ..

Tu dia kedai nya.
Amboi3..tak tahan dah depa...
Pilih je mana anda berkenan

Kitarang gerak dalam pukul 11.45am.. Kata Hubby kena awal pasal tempat ni dah jadi favorite..Nasi berianinya memang tak lama kat situ..Licin..Tiba je, terus sambar nasi beriani dengan kambing plus dalca..Yang lain - lain pun makan nasi beriani kecuali Chef Koya.. Dia sambar Mee Rebus..tengokpun dah menyelerakan..

My nasi beriani gam, beriani kambing, dalca, dan acar timun..
Abang Luqman's nasi
Mee rebus Chef Koya.
Abang Irfan makan nasi putih je..

Masa makan lagi Hubby dah cakap, kalau nak tapau, ambik siap - siap lauk..Nanti habis.. Apa lagi, Chef Koya pun tolong bungkuskan Beriani Kambing dan Beriani Ayam..Then mintak waiter bungkuskan nasi...Memang pun, sedang kami makan, tengok kat tray tu, beriani kambing nya dah hampir licin dah....

Thumb up dari Abang 'Imran
Abang Irfan and his girl friend, Chef Koya..
La..la.la..kenyang perut senang hati

After almost fourty five minutes here, we went back..It was so hot.. Once reached home teringat ada Lai Chi Kang yang telah dibuat Chef Koya, dua hari lepas..So, untuk menyejukkan tekak, me and Chef Koya prepared the drink. Best nya.Buatan sendiri lagi.. Pasti tak sama dengan kedai..g...

Lai Chi Kang with my new dessert bowl.
Still tak lepas dengan gelfren
Abang Luqman

Lepas tu, dengan bersemangat i prepared the Bread Pudding.. Sebenarnya French bread tu dah terjelepuk kat situ almost a week..So, selagi tak expired, i terus buat Bread Pudding..Usually buat Bread Pudding ni main campak - campak je..Tapi pasal nak share the recipe, i pun buat lah anggarannya mengikut suka hati i..Harap - harap menjadi..Saje sesuka..

Bread Pudding sebelum dibakar
Sedap dimakan dengan ice cream and pour with Hershey's syrup..eeemmm

Jadi bab makan ni dah kira lengkap untuk dua hari punya N3, "weekend makan" or "makan weekend". Tang dinner tak payah lah ye..Cuma masak Asam Pedas Sembilang....Emmm..sexykan perut...



No comments:

Post a Comment