be my friend

Tuesday, June 22, 2010

Vege Cheese Popia

Buh lah apa nama sekali pun, yang penting boleh dishare untuk dimakan... This is such a simple recipe. M tak M je...Tetiba je rasa nak buat popia ni. Hubby yang ajar camne nak buat..Sat lagi dia nak balik dari outstation.. Kekonon style menggodalah ni..heee....

Bahan - bahan nya seperti di bawah lah

1 1/2 biji capsicum
2 biji tomato sederhana masak
mozarella cheese - ikut suka nak banyak atau sikit.
kulit popia

Cara

* Tomato dibuang isi dalamnya dan dipotong dadu kecil - kecil
* Capsicum juga dipotong dadu kecil - kecil
* Mozarella cheese diparut
* Tomato dan capsicum harus ditoskan atau letakkan atas tisu agar sedikit kering supaya tidak terlalu basah sebelum digulung. Kalau kulit basah, mudah terkeluar isi semasa digoreng..

* Kesemua bahan - bahan di atas dicampur dan digaul rata. Kalau mau sedikit masin, just sprinkle a bit of salt..Tak nak tak pe..
* Atau kalau nak a bit hot, also sprinkle a bit of black or white pepper..

* Ambil sesudu campuran inti tadi dan letakkan ke atas kulit popia dan dibalutkan
* Jangan dibiarkan lama selepas dibalut. Disyorkan agar segera digoreng.
* Goreng dengan api sederhana.

* Untuk melekatkan hujung kulit, gamkan dengan adunan tepung dan air.

Sedap dimakan panas - panas. Hati - hati dengan cheese yang cair tu....

SELAMAT MENCOBA YE...



2 comments:

  1. Wah! Menarik tu... tak pernah lak rasa popia versi camni.. nak kena try ni ;).

    ReplyDelete
  2. Sedap Aini..Makan masa panas2..tp hati2 tang cheese tu..takut melecuh lidah anak2 pulak...

    ReplyDelete