Powered By Blogger

be my friend

Showing posts with label Vege Cheese Popia. Show all posts
Showing posts with label Vege Cheese Popia. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Vege Cheese Popia

Buh lah apa nama sekali pun, yang penting boleh dishare untuk dimakan... This is such a simple recipe. M tak M je...Tetiba je rasa nak buat popia ni. Hubby yang ajar camne nak buat..Sat lagi dia nak balik dari outstation.. Kekonon style menggodalah ni..heee....

Bahan - bahan nya seperti di bawah lah

1 1/2 biji capsicum
2 biji tomato sederhana masak
mozarella cheese - ikut suka nak banyak atau sikit.
kulit popia

Cara

* Tomato dibuang isi dalamnya dan dipotong dadu kecil - kecil
* Capsicum juga dipotong dadu kecil - kecil
* Mozarella cheese diparut
* Tomato dan capsicum harus ditoskan atau letakkan atas tisu agar sedikit kering supaya tidak terlalu basah sebelum digulung. Kalau kulit basah, mudah terkeluar isi semasa digoreng..

* Kesemua bahan - bahan di atas dicampur dan digaul rata. Kalau mau sedikit masin, just sprinkle a bit of salt..Tak nak tak pe..
* Atau kalau nak a bit hot, also sprinkle a bit of black or white pepper..

* Ambil sesudu campuran inti tadi dan letakkan ke atas kulit popia dan dibalutkan
* Jangan dibiarkan lama selepas dibalut. Disyorkan agar segera digoreng.
* Goreng dengan api sederhana.

* Untuk melekatkan hujung kulit, gamkan dengan adunan tepung dan air.

Sedap dimakan panas - panas. Hati - hati dengan cheese yang cair tu....

SELAMAT MENCOBA YE...